nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RUU Perlembagaan lulus dengan sokongan majoriti bukti kerajaan kukuh

4 MAC : Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (pindaan) 2025 yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini bukti kepada kukuhnya Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RUU itu diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen menerusi undian belah bahagian iaitu 148 menyokong, 57 tidak mengundi dan 17 tidak hadir.

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan penghargaan kepada ahli Parlimen yang memberi dukungan penuh kepada pindaan itu.

“Dengan dukungan penuh dua per tiga di Parlimen ia adalah bukti nyata betapa kukuh dan stabil Kerajaan MADANI,” katanya ketika Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO), hari ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 diikuti RUU Perlembagaan.

Menurut Tunku Nashrul, pindaan RUU Perlembagaan itu menjadi asas kepada penggubalan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025.

“Pindaan ini yang menjadi reformasi penting dalam memberi kematangan pada sistem demokrasi negara, membuka ruang kepada Parlimen menjalankan fungsi dengan bebas serta menjadikan Parlimen sebagai mercu tanda kebebasan bersuara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Anwar menyifatkan tindakan 57 ahli Parlimen pembangkang yang tidak menyokong pindaan ini sebagai mengkhianati usaha reformasi institusi Parlimen.

“Namun ini tidak mengejutkan memandangkan gerombolan yang sama juga telah merobek serta menginjak demokrasi Parlimen dengan menyekat sidang dewan rakyat sebelum ini,” katanya.

Pindaan bagi RUU Perlembagaan 2025 itu bertujuan meminda Perkara 56 dan Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan untuk dimasukkan Fasal baharu (5A).

Pindaan itu menyebut Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat atau Timbalan Yang Dipertua tidak hilang kelayakan memegang jawatan jika dipilih menjadi ahli dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen dengan syarat tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.

RUU itu juga bagi meminda Perkara 65 Perlembagaan Persekutuan untuk mewujudkan peruntukan untuk pelantikan Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat oleh Yang di-Pertuan Agong yang boleh dilantik dalam kalangan atau bukan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 itu akan diteruskan untuk bacaan kali kedua dan dibahaskan ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.