nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemilihan PKR persiapan hadapi PRU16

5 MAC : Pemilihan PKR yang dijadual 24 Mei depan menjadi platfrom parti itu mempersiapkan diri mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pemilihan kali ini juga pertama kali diadakan ketika Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat sebagai Perdana Menteri.

“Kita tahu bahawa ke depan ini selesai saja pemilihan PKR, kita mungkin berbaki satu atau dua tahun lagi untuk membuat persiapan sebelum PRU. Pilihan raya ini juga mungkin boleh dilakukan lebih awal, bergantung kepada Perdana Menteri.

Katanya, PKR memerlukan barisan kepimpinan yang kuat lebih-lebih lagi ketika parti itu memimpin negara hari ini sebagai kerajaan.

“Tetapi perkara pokoknya adalah sesiapa pun yang memimpin PKR selepas ini, mereka mempunyai tanggungjawab yang besar, harus mempunyai visi dan tugas serta paling penting, memberikan sokongan dan membantu Perdana Menteri yang juga Presiden kita.

“Kita mahukan pasukan yang kuat kerana kita tahu bahawa apabila menjadi kerajaan, banyak harapan terpaksa dipenuhi selain perlu memberikan khidmat kepada rakyat,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada program Ruang Bicara yang mengangkat tajuk ‘Pemilihan PKR: Langkah Diplomasi, Memperkukuh Parti’ di Bernama TV, malam tadi.

Menurut Shamsul Iskandar yang juga Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, pemilihan kali ini perlu mengambil kira keupayaan calon dalam menghadapi pelbagai cabaran terutama serangan dan fitnah yang dilemparkan pembangkang.

Katanya, parti perlu memiliki kepimpinan yang berdaya tahan dan mempunyai visi yang jelas dalam merangka program-program yang boleh mendekatkan parti dengan rakyat.

Pimpinan muda PKR seperti Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberi isyarat kepada rakyat bahawa parti itu tidak ketandusan bakat kepimpinan.

“Ini harus kita tunjukkan kepada warga dan rakyat kesediaan kita, komitmen kita dan semangat kita untuk menyediakan barisan pemimpin pelapis yang benar-benar ampuh untuk berdepan dengan pilihan raya dan juga berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, PKR memutuskan 24 Mei depan bagi pemilihan untuk jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP).

Sementara pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang dijadual pada 11 hingga 20 April.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.