nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Aidilfitri : Larangan kenderaan barangan di jalan raya selama 4 hari

10 MAC : Larangan Pemanduan ke Atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) akan berkuat kuasa selama empat hari, sebelum dan selepas Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata agensi penguat kuasa terutama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bertindakan tegas terhadap mana-mana kenderaan berat yang menggunakan jalan raya, hujung bulan ini.

Katanya, larangan itu berkuat kuasa pada 29 Mac dan 30 Mac serta 5 April dan 6 April.

Tarikh itu bagi mengambil kira peningkatan trafik di jalan raya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung.

“Tujuan Road-Ban ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.

“Kementerian Pengangkutan (MoT) dan JPJ mengingatkan semua pemilik dan pemandu kenderaan barangan supaya mematuhi larangan pemanduan itu,” katanya pada sidang media di Semenyih, hari ini.

Menurut Anthony, mana-mana kenderaan barangan yang gagal mematuhi peraturan itu akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 59 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan kompaun RM300 atau denda di mahkamah tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, JPJ juga katanya akan meneruskan aktiviti penguatkuasaan secara menyeluruh sempena perayaan Aidilfitri.

“Operasi berkenaan adalah bertujuan untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan atau undang-undang jalan raya yang berkuat kuasa.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang sudah ditetapkan serta memastikan aspek keselamatan menjadi keutamaan semasa memandu,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.