nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perang dagang cetus sentimen curiga, jejas kerjasama antarabangsa

15 MAC : Perang perdagangan, tarif dan sekatan memupuk sentimen curiga dan ketidakpercayaan yang menjejaskan asas kerjasama antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bukan lagi sekadar alat ekonomi namun menjadi senjata untuk dominasi.

Katanya, negara-negara yang selama ini melihat negara lain sebagai rakan atau pesaing dalam pasaran global kini hanya menganggap mereka sebagai lawan atau proksi dalam persaingan pengaruh dan dominasi global.

Menurutnya, ketika persaingan kuasa besar, Amerika Syarikat (AS) dan China mengganggu ekonomi, teknologi serta perikatan di seluruh dunia, negara-negara kecil dan sederhana terpaksa membuat pilihan atau menjadi alat dalam permainan geopolitik yang lebih besar.

“Berikutan Order Baharu Dunia yang sedang terbentuk, kita juga harus sedar cabaran yang semakin meningkat dihadapi negara-negara di seluruh Global South.

“Banyak mekanisme yang pernah mendorong perkembangan mereka semakin lemah, manakala konsep bantuan pembangunan semakin mendapat perhatian tinggi daripada beberapa negara paling berkuasa di dunia.

“Kebergantungan ekonomi, yang suatu ketika dahulu menjadi asas kemakmuran global, kini telah menjadi sumber ketegangan.

“Sekiranya trend ini berterusan, kesalinghubungan ini akhirnya menjadi rentan, malah bagi negara yang telah lama berkembang maju menerusi globalisasi,” kata Anwar dalam komentar bertajuk The Global South Path’s to Economic Resilience yang diterbitkan di laman web Project Syndicate hari ini, lapor Bernama.

Katanya, sebagai sebuah negara yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa, Malaysia mengakui cabaran terhadap ketidakpastian.

“Bagaimanapun, kami tidak akan mengabaikan matlamat utama kami: pertumbuhan yang mampan, inklusif dan adil.

“Kami juga bertekad untuk memperteguh kedudukan sebagai pusat penting bagi perdagangan, pelaburan dan inovasi teknologi,” katanya.

Anwar berkata Malaysia membuat keputusan strategik untuk menyertai BRICS, terdiri daripada ekonomi utama yang pesat membangun.

Jelasnya, usaha menjadi anggota BRICS itu meningkatkan hasrat mengecilkan jurang perbezaan pembangunan antara Global South dan Global North.

“Tidak senada dengan dakwaan beberapa penganalisis, keputusan kami bukan mengenai memilih sesuatu pihak dalam persaingan Sino-Amerika. Sebaliknya, ia mencerminkan pemahaman yang jelas mengenai landskap geopolitik dan geoekonomi yang semakin berubah yang kami terlibat.

“Dengan mengadakan penglibatan dengan blok kuasa saingan dan mewujudkan pelbagai peluang ekonomi berdaya maju, kuasa pertengahan seperti Malaysia dapat membuka laluan kepada keamanan dan kemakmuran yang berkekalan untuk rakyatnya di Global South.

“Bagi kami, ini tetap menjadi matlamat yang kritikal dan keutamaan segera,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.