nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Aidilfitri : KPDN diarah pastikan skim harga maksimum dipatuhi

25 MAC: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diarah untuk memastikan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Aidilfitri dipatuhi semua pihak.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kepatuhan itu penting bagi menjamin suatu tempoh yang wajar dan mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan komuniti peniaga.

“Perdana Menteri mengarahkan KPDN memastikan pelaksanaan SHMMP sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan berkuat kuasa 24 Mac hingga 7 April ini terus dipatuhi semua pihak.

“Perdana Menteri sendiri akan turun padang mengadakan tinjauan harga barangan terkawal terkait SHMMP lantas melihat sendiri situasi di bawah supaya peraturan-peraturan dilaksanakan termasuk meletakkan tanda harga bagi barang kawalan selain pengguna juga dapat menikmati harga yang berpatutan di musim perayaan,” katanya.

Tunku Nashrul berkata demikian dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasmi Anwar, hari ini.

Pada 19 Mac lalu, KPDN melancarkan SHMMP Hari Raya Puasa 2025 yang berkuat kuasa semalam sehingga 7 April depan.

Sebanyak 26 jenis barangan tersenarai sebagai barangan kawalan termasuk pelbagai jenis sayur, daging, ikan dan santan.

Dalam pada itu, Tunku Nashrul berkata penentuan harga itu dibuat setelah mengambil kira pandangan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi-agensi kerajaan berkaitan dan pemain-pemain industri.

“Perdana Menteri juga mengarahkan KPDN terus bekerjasama dengan KPKM dalam hal ini

“Kedua-dua kementerian juga diarah menggandakan pemantauan dan penguatkuasaan  termasuk memastikan pemantauan dilakukan lebih kerap bagi menjamin bekalan barangan keperluan rakyat sepanjang musim perayaan sentiasa mencukupi,” katanya.

Sementara itu, para pengguna dinasihatkan untuk terus membuat laporan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang permasalahan terkait harga barangan sepanjang musim perayaan ini.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.