26 MAC : Amerika Syarikat (AS) dijangka mengharamkan platform media sosial, TikTok sekali lagi bermula 4 April depan jika ia masih belum dijual kepada entiti yang berpangkalan di negara itu.
Platform itu berhenti operasi selama sehari pada awal tahun ini susulan arahan eksekutif Presiden AS ketika itu, Joe Biden yang mengarahkan penjualannya.
Presiden Donald Trump kemudiannya melanjutkan tempoh jualan platform dengan lebih 300 juta pengguna di AS itu selama 75 hari, 20 Januari lalu.
Berbaki sembilan hari sahaja lagi, sehingga kini syarikat milik Bytedance itu masih belum mengumumkan sebarang keputusan dalam perkara itu.
Biden mengarahkan penjualan itu selepas menuduh TikTok memberi akses data pengguna negara itu kepada China walau sudah dinafikan Bytedance.
Beberapa syarikat dilaporkan berminat untuk membeli platform media sosial itu termasuk Mr Beast, Microsoft dan Perplexity namun dilaporkan Oracle adalah syarikat pilihan Trump dan Bytedance.
Ia susulan Oracle sebelum ini sudah terlibat dengan proses pemindahan data pengguna AS ke pelayar dalam negara tersebut.