nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

FELDA diberi sebulan untuk kemuka pelan, hala tuju baharu

26 MAC : Pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) diberi tempoh sebulan untuk tampil dengan pelan dan hala tuju baharu seiring perubahan teknologi dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata FELDA perlu merencana langkah sewajarnya supaya tidak kekal dalam kaedah lama.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pendekatan dan prakarsa yang bersesuaian mampu menyelamatkan FELDA serta peneroka dari belenggu ketidaktentuan kewangan, ekonomi mahu pun masalah pengurusan jika diuruskan sebaik-baiknya.

“Kita sudah capai tetapi tak boleh hidup dalam ruang selesa. Dalam unjuran sekarang, harga lebih baik itu tapi keadaaan geopolitik belum menentu harus kita ingat supaya lebih berwaspada untuk jangka kemungkinan keadaan yang lebih mencabar.

“Saya beri tempoh sebulan untuk pengurusan kemukakan (hala tuju baharu). Pastikan ada Tan Sri Wahid (Omar), pakar-pakar…pastikan seluruh kekuatan jentera…baik kerajaan…untuk pastikan kita puas hati dengan pendekatan baharu, hala tuju baharu.

“…supaya dalam masa singkat, kita beri keyakinan kepada ratusan ribu peneroka…kita sekarang dah sampai tahap lonjakan, itu amat perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri anjuran FELDA di Menara Felda, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata kerajaan tiada masalah untuk memberi suntikan dana RM1 bilion setahun seperti lazimnya jika hala tuju dan pendekatan FELDA itu diyakini.

“Kerajaan seperti mana semua sudah tahu, beri suntikan RM1 bilion setahun. Kita mahu berikan, asalkan kita yakin bahawa pendekatan dan hala tuju mampu menyelamatkan bukan sahaja gedung Felda ini tetapi peneroka di masa hadapan,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, Anwar menyampaikan Watikah Pelantikan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) sebagai agen tunggal pembelian buah sawit.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.