nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lencana Jalur Gemilang: Kerajaan bagi percuma, lekat sajalah

28 MAC : Isu pemakaian lencana Jalur Gemilang pada seragam pelajar sekolah tidak sepatutnya dijadikan polemik oleh sesiapa saja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan memberikannya secara percuma kepada pelajar tanpa melibatkan sebarang kos tambahan untuk ibu bapa.

Menurut Anwar, cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah tertangguh sekian lama dan jemaah menteri memutuskan untuk melaksanakan perkara tersebut.

“Lencana bendera Jalur Gemilang diberi percuma, lekat sajalah. Banyak negara jiran dah buat lama dah…kita bincang sana bincang sini, buat sajalah.

“Ini supaya anak-anak dididik daripada awal untuk kasih dan cinta kepada negara, itu sahaja. Hal ini pun nak dijadikan polemik panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian usai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Jalan Raja Tun Uda di Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, KPM mengumumkan pelaksanaan pemakaian lencana Jalur Gemilang kepada semua pelajar sekolah pada sesi persekolahan 2025/2026 secara berperingkat mulai 21 April depan.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata pelaksanaan itu perlu dilakukan secara berperingkat tanpa paksaan supaya pelajar dapat menyesuaikan diri.

Sempena Aidilfitri, Anwar yang juga Menteri Kewangan menasihatkan perantau yang memandu pulang ke kampung halaman masing-masing agar berwaspada.

“Ambil semua langkah keselamatan yang perlu dan kita minta pemandu untuk berhati-hati dan berwaspada ketika memandu.

“Kemalangan memang kita perlu elakkan, jadi ini pesan saya kepada semua kerana kita balik kampung nak menjalinkan silaturrahim tetapi kalau ada kemalangan berlaku, bukan sahaja keluarga susah hati, sanak-saudara juga,” katanya.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.