7 APR : Barisan Nasional (BN) memilih Setiausaha UMNO Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Perkara itu diumum Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, hari ini pada majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN PRK DUN Ayer Kuning di Command Center BN, Tapah.
Calon berusia 54 tahun itu merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Islam) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Beliau kini bertugas sebagai pensyarah dan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
PRK DUN Ayer Kuning dijadualkan pada 26 April dengan penamaan calon pada 12 April dan pengundian awal masing-masing pada 22 April.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Februaru lalu akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang.
*Foto :Facebook Mohamad Sabu