12 APR : Kesemua barangan elektronik yang diimport ke Amerika Syarikat dikecualikan daripada tarif tambahan baharu yang dikuat kuasa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Ia melibatkan telefon pintar, skrin komputer, cip dan komponen elektronik.
Pengumuman itu dibuat pentadbiran AS, semalam melalui satu notis kastam dan perlindungan sempadan.
Menurut notis itu, pengecualian tersebut terpakai terhadap produk yang memasuki Amerika atau dikeluarkan dari gudang seawal 5 April.
Pengecualian tersebut dibuat selepas pentadbiran Trump mengenakan tarif sehingga 145 peratus terhadap barangan dari China yang diimport ke negara Uncle Sam itu.
Tarif luar biasa Trump itu dijangka memberi kesan besar kepada Apple yang mengeluarkan Iphone dan produk lain di China.
Menurut Wedbush Securities, kira-kira 90 peratus pengeluaran dan pemasangan Iphone kini berpangkalan di China.
Counterpoint Research menganggarkan stok Apple kini hanya ada untuk enam minggu di AS dan harga dijangka meningkat selepas bekalan habis.