16 APR : Presiden China, Xi Jinping memulakan Lawatan Negara ke Malaysia selama tiga hari dengan Istiadat Sambutan Negara di Istana Negara, pagi tadi.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyambut ketibaan pemimpin republik itu sebelum istiadat bermula.
Jinping kemudiannya menagadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana.
Kedua-dua pemimpin itu juga menyaksikan pertukaran 31 Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan China dalam pelbagai lapangan.
