nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Produk makanan ada DNA babi akan dikeluarkan segera

23 APR : Produk makanan dari Indonesia yang dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi akan dikeluarkan dengan kadar segera dari pasaran tempatan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tujuan tersebut.

“Sebaik kita dapat maklumat terbabit, kita ada perbincangan dengan JAKIM untuk memastikan produk berkenaan dapat dikeluarkan segera dari pasaran kita.

“Jadi kita akan bekerjasama dengan JAKIM dan agensi agama peringkat negeri, bersandarkan pengumuman dibuat badan halal Indonesia, kita akan ambil tindakan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), hari ini.

Terdahulu, JAKIM mengarahkan pengimport menarik balik produk makanan Indonesia dari pasaran tempatan yang didapati mengandungi DNA babi.

Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee arahan menarik balik itu susulan pengumuman rasmi Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Republik Indonesia

BPJPH dalam satu kenyataan rasmi semalam mengumumkan hasil analisis makmal mendapati 11 ‘batch’ daripada sembilan produk makanan dikesan mengandungi DNA babi (porcine).

Dalam perkembangan lain, Armizan memaklumkan Kabinet bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa teknikal khusus bagi menyelaras tindakan diambil dalam memastikan kestabilan harga serta keberadaan bekalan di pasaran.

Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan dan Harga Barangan Keperluan Harian itu ditubuhkan untuk memperkasa serta menstruktur kerjasama rentas kementerian yang digerakkan secara ‘ad hoc’ menjelang musim perayaan.

Katanya, pemantauan akan dilaksanakan jawatankuasa tersebut terhadap barangan seperti daging, ayam, telur, ikan, sayur-sayuran, beras, minyak masak dan barang keperluan asas lain.

Tambahnya, pelan intervensi kerajaan akan dipertimbangkan jika wujud isu membabitkan harga dan bekalan di pasaran.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.