nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ramli Ngah Talib dilantik Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ke-9

24 APR : Tun Ramli Ngah Talib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Kesembilan, berkuat kuasa 1 Mei depan.

Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat itu dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang untuk empat tahun bermula 1 Mei 2025 hingga 30 April 2029.

Beliau menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di Singgahsana Kecil, Istana Negara, hari ini.

Dalam istiadat sama, Ramli, 84 dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun, lapor Bernama.

Istiadat itu turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Pelantikan itu bagi menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak yang dilantik pada 1 Mei 2021 dan bakal menamatkan penggalnya, hujung bulan ini.

Ramli pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Besar Perak kelapan selama 17 tahun bermula 1982 hingga 1999.

*Foto : Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Get real time updates directly on you device, subscribe now.