24 APR : China menafikan adanya rundingan atau perbincangan dengan Amerika Syarikat (AS) berkait tarif timbal balik yang dikenakan.
Penafian itu dibuat Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun.
“Ini semua maklumat palsu. Setakat yang saya tahu, China dan AS tidak pernah mengadakan rundingan atau perbincangan mengenai isu tarif, apatah lagi mencapai sebarang persetujuan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan AS kononnya Beijing dan Washington sedang berunding bagi menyelesaikan perang dagang dan mungkin mencapai persetujuan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Tarif dikenakan AS ke atas barangan China kini mencecah 145 peratus manakala China membalas dengan 125 peratus.
Sementara itu, Presiden AS, Donald Trump akui tarif yang dikenakan ke atas China itu tinggi dan memberi bayangan kadar itu akan diturunkan selepas rundingan.