nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rundingan Petronas-Sabah dimulakan selepas PRN – PM

16 SEPT: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rundingan berhubung urusan minyak dan gas serta cukai jualan ke atas produk petroleum di Sabah akan dimulakan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung 26 September ini.

Mengumumkan perkara itu pada majlis sambutan Hari Malaysia 2020 di Sibu malam ini, Perdana Merteri berkata, rundingan dengan Sabah menyusul selepas Sarawak dan Petronas telah berjaya mencapai kata sepakat berhubung hal berkenaan baru-baru ini.

Jelas Muhyiddin, perlu dinyatakan di sini, isu-isu yang dianggap sukar untuk disepakati boleh diselesaikan dengan baik apabila Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sehaluan dan sehati sejiwa.

“Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada kerajaan negeri Sarawak di bawah kepimpinan sahabat baik saya, Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari yang telah berunding dengan PETRONAS untuk mencapai kata sepakat mengenai urusan minyak dan gas serta cukai jualan ke atas produk petroleum di Sarawak.

“Alhamdulillah, isu ini telah berjaya diselesaikan dengan beberapa perincian yang sedang dibincang oleh kedua-dua pihak. Saya percaya apabila Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sehaluan, yang untung ialah rakyat. Insya-Allah, rundingan dengan negeri Sabah akan kita mulakan selepas Pilihan Raya Negeri Sabah,” jelasnya.

Yang hadir sama, Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, Wakil Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Kata Muhyiddin, yang penting ialah usaha-usaha untuk membangun dan memajukan kedua-dua negeri ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi dengan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan sememangnya sentiasa memberikan keutamaan kepada pembangunan negeri Sabah dan Sarawak dengan baru-baru ini beliau telah mengumumkan pelan infrastrukur digital iaitu Jalinan Digital Negara atau JENDELA yang akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

“Inisiatif ini selaras dengan komitmen Kerajaan Perikatan Nasional untuk memastikan tiada warganegara yang ketinggalan dalam mengecapi nikmat pembangunan. Ini termasuk penduduk di Sabah dan Sarawak yang kita ketahui sebahagian besarnya agak ketinggalan dari segi memperolehi akses kepada capaian internet berkelajuan tinggi,” jelasnya.

Kata Perdana Menteri, pastinya penduduk negeri Sabah dan Sarawak adalah antara yang bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan pelan ini dengan negeri Sabah, sebanyak 35 menara baharu dan 1,048 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf secara komersial bagi meningkatkan liputan 4G.

“Di Negeri Sarawak pula, sebanyak 49 menara baharu dan 825 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf secara komersial.

“Kerajaan Persekutuan akan terus memantau kemajuan pelaksanaan pelan ini secara menyeluruh. Saya yakin dengan adanya sokongan padu dan kerjasama erat antara Kementerian, agensi yang berkaitan dan Kerajaan Negeri, pelan JENDELA ini pastinya akan mendatangkan banyak faedah kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, sempena sambutan Hari Malaysia pada hari ini, Muhyiddin menyeru sekalian rakyat Malaysia agar menghayati dengan mendalam makna Hari Malaysia.

Katanya, ini adalah hari semua warga Malaysia membulatkan tekad, memperkukuhkan azam dan membugarkan semangat perpaduan seluruh rakyat dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang bersatu hati sebagai sebuah bangsa yang berjaya dan dihormati.

“Jadikanlah tarikh 16 September ini sebagai titik pembaharuan semangat perpaduan kita demi membentuk sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah sejajar dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Perpaduan rakyat yang berbilang kaum, agama dan wilayah inilah yang menjadi tunjang kekuatan kita sebagai sebuah negara bangsa yang berjaya. Oleh itu, perkukuhkanlah perpaduan, pupuk kerjasama yang lebih erat dan tingkatkan integrasi.

“Insya-Allah, dengan semangat perpaduan kaum dan integrasi nasional yang jitu, Malaysia yang kita cintai dan tumpahkan sepenuh taat setia ini akan terus berada di landasan yang kukuh untuk menempa lebih banyak kejayaan pada masa yang akan datang,” jelasnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.