nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jalur Gemilang terbalik, pemilik kilang direman

19 SEPT: Seorang pemilik kilang bersama pekerja asingnya direman tiga hari bagi membantu siasatan memasang Jalur Gemilang secara terbalik di premisnya di Kawasan Perindustrian Senai, dekat Kulai.

Permohonan reman bermula hari ini hingga Isnin dikeluarkan oleh Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin, di Mahkamah Majistret Kulai hari ini.

Pemilik kilang berumur 56 tahun dan pekerja lelaki warga Indonesia, 23, ditahan di kilang terbabit jam 2.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam dan perkara itu tular di Facebook.

Katanya, hasil soal siasat majikan terbabit mengaku ada mengarahkan pekerjanya untuk menukar Jalur Gemilang yang lusuh kepada bendera yang baru dan tidak dipantau semula.

“Siasatan mendapati pekerja warga asing itu baru tiga bulan bekerja di kilang itu dan memasang bendera seorang diri tanpa kehadiran majikan di lokasi.

“Majikan itu memberitahu pekerja terbabit memasang bendera negeri dengan betul tetapi bendera Malaysia dipasang terbalik”, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2017 dan 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, biarpun sudah ada yang diambil tindakan undang-undang, isu pemasangan bendera Malaysia secara terbalik masih lagi berlaku.

“Saya tegaskan disini pemilik dan penyelia premis harus memantau pemasangan bendera. Diharapkan perkara sedemikan tidak berulang lagi khususnya di negeri Johor,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.