nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muhyiddin ingatkan, negara kita ada Perlembagaan

23 SEPT: “Saya berdiri di sini masih sebagai Perdana Menteri,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap dalam kempen Perikatan Nasional (PN) di Luyang, Kota Kinabalu malam ini.

Tanpa berdegar-degar, Muhyiddin sebaliknya dengan tenang mengingatkan balik pihak yang membuat dakwaan mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri bahawa negara ini ada Perlembagaan Persekutuan.

Dengan maksud yang penuh mendalam Perdana Menteri berkata, sesiapa pun boleh membuat dakwaan malah beliau menghormati pemimpin politik untuk membuat kenyataan kerana negara ini mengamalkan demokrasi berparlimen.

Namun katanya, negara ini pada masa sama menegakkan Perlembagaan yang menjadi asas utama untuk apa sahaja yang hendak dilaksanakan dalam hal berkerajaan.

“Apa pun kenyataan yang dikeluarkan oleh sesiapa pun, ini hanya akan dilaksanakan berpandukan peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan kita.

“Dan saya tidak mahu menyentuh perkara itu kerana ini terkandung dalam kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika berucap dalam kempen Perikatan Nasional (PN) di Kota Kinabalu.

Yang turut hadir, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee; Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; calon Perikatan Nasional (PN) Luyang, Gee Tien Siong dan calon Barisan Nasional (BN) Likas, Dr Chang Kee Ying.

Di awal ucapannya, Muhyiddin menarik perhatian ramai dengan membangkitkan mungkin ada yang tertanya sama ada beliau berdiri di situ sebagai Perdana Menteri atau tidak.

Dengan spontan, orang ramai yang hadir melaungkan ‘masih’ dan disusuli tepukan lantas mengundang senyuman di raut wajah Muhyiddin.

“Saya sebutkan begitu sebab hari ini ada seorang pemipin pembangkang yang saya tak payah sebut namanya telah mendakwa mempunyai sejumlah sokongan ahli Parlimen dan mendakwa saya tidak lagi mendapat sokongan.

“Sebab itu dia fikir dia adalah orang yang layak jadi Perdana Menteri. Saya tak mahu persoalkan kenyataan beliau itu kerana saya hormat apa pun pandangan pemimpin politik dalam negara,” katanya sambil membangkitkan keperluan memenuhi peruntukan Perlembagaan untuk dakwaan itu dilaksanakan.

Pada tengah hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci sokongan yang dimaksudkan beliau sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Beberapa pihak yang dikaitkan termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan terlibat dengan perancangan Anwar.

Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN BBC) juga menolak rancangan Anwar tersebut dan kekal mendokong kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Muhyiddin dalam kenyataannya pula menegaskan beliau adalah Perdana Menteri yang sah sehingga dapat dibuktikan sebaliknya.

Sementara itu, tambah Muhyiddin, beliau juga adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Dengan penuh bersemangat, Muhyiddin menyentuh beberapa perkara termasuk pengalaman Malaysia menguruskan COVID-19 yang mana beliau amat menghargai sumbangan semua termasuk rakyat sendiri yang sentiasa memberi kerjasama.

Perdana Menteri juga menegaskan yang kerajaan Persekutuan mahu membantu Sabah membangunkan segala potensi yang ada dan ini boleh dilakukan menerusi kerajaan negeri yang sejati dan sejiwa dengan kepimpinan Persekutuan. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.