nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis panggil Mohamaddin beri keterangan lepas PRN

24 SEPT: Polis akan memanggil bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi bagi membantu siasatan susulan kenyataannya bahawa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 adalah sandiwara selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selesai.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, proses rakaman percakapan itu mungkin dilaksanakan selepas PRN Sabah.

“Rakaman keterangan itu akan dilakukan pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman yang berada di Sabah kerana penugasan sempena PRN.

“Keterangannya akan diambil di negeri berkenaan apabila keadaan mengizinkan dan beberapa saksi lain akan turut dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

MIOR FARIDALTHRASH
MIOR FARIDALTHRASH WAHID

Mengulas lanjut, Mior Faridalathrash berkata, polis akan menyiasat kes berkenaan mengikut mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu dan sebanyak 72 laporan polis diterima di seluruh negara.

Sebelum ini media melaporkan Mohamaddin yang juga calon Warisan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama dilaporkan mendakwa tragedi di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 2013 itu hanyalah peperangan bersama ‘ayam’ dan ‘anjing’.

Dalam satu video ucapannya yang tular di media sosial, Mohamaddin berkata pihak berkuasa ketika itu mengerahkan segala kekuatan sedangkan perperangan tidak berlaku.

“Jadi ada peperangan konon di Tanduo. Datanglah jet di Tanduo, dibomnya kelapa sawit orang. Habis hangus kelapa sawit orang, habis hangus rumah orang. Koyak rumah orang ditembak. Ini kenyataan.

“Habis itu, disuruh kereta kebal masuk di kampung-kampung suruh berperang sama ayam. Siapa kawan dia berperang? Tiada. Ayam sama anjing di kampung kawan dia berperang,” katanya dalam video berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.