26 SEPT: Keputusan tidak rasmi setakat jam 8.50 malam tadi menunjukkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Sabah apabila mendahului dengan 37 kerusi.
Warisan Plus berada di belakang dengan 20 kerusi diikut Bebas (3 kerusi) dan USNO (1 kerusi).
Daripada kalangan parti yang membentuk GRS, Perikatan Nasional (PN) mendahului di 15 kerusi iaitu Bandau, Sulaman, Kawang, Klias, Kuala Penyu Karanaan, Paginatan, Tambunan, Bingkor, Liawan, Tulid, Sook, Nabawan, Labuk dan Apas.
Rakan gabungannya, Barisan Nasional mendahului di 16 kerusi iaitu Tanjung Batu, Bengkoka, Tempasuk, Usukan, Pantai Dalit, Karambunai, Darau, Pantai Manis, Sugut, Sungai Manila, Sekong, Lamag, Sukau, Balung dan Tanjung Batu.
Keputusan tidak rasmi juga menunjukkan Parti Bersatu Sabah (PBS) mendahului di Matunggong, Tandek, Tamparuli, Kiulu, Kundasang, Telupid dan Inanam.