12 MEI : Sah, dua Adun PKR di Kedah, iaitu ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee dan ADUN Lunas, Azman Nasrudin Lunas umum keluar daripada parti itu serta merta.
Ling dalam satu sidang media sbersama Azman sebentar tadi, menegaskan beliau telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azman pula berkata keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan secara mendalam.
“Saya dan Robert memberi sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata Azman.
Pengumuman itu sekaligus mengakibatkan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini mempunyai 17 kerusi di DUN dan pembangkang pula 19 kerusi.
Sebelum ini Ling memaklumkan kepada PNBBC bahawa beliau kecewa dengan pentadbiran kerajaan PH Kedah.
Pada masa sama, PN Kedah turut mengeluarkan satu jemputan “sidang media khas”, dijadualkan berlangsung jam 3 petang ini di Kompleks PAS Kedah.
Dijangkakan ia ada kaitan dengan cadangan pembentukan kerajaan baharu PN di Kedah setelah PAS dan UMNO mendapat sokongan 2 Adun PKR dan dikatakan 4 lagi Adun Bersatu, – Oleh ASLINDA NASIR