22 APRIL: Ketika kes baharu jangkitan COVID-19 masih turun naik, kawasan zon merah yang dianggap aktif dengan wabak itu mencatat penurunan daripada 30 daerah kepada 14 daerah.
Data terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan Pecahan zon kes itu adalah mengikut negeri dan daerah sehingga jam 12 tengahari semalam.
Setakat ini, seluruh Perlis kini zon hijau.
Jumlah kes aktif di zon merah yang terbesar masih di Lembah Pantai dengan 347 kes dan ini diikuti oleh Kuching dengan 217 kes.
Manakala Daerah Petaling berada di tangga ketiga dengan 106 kes.
KKM menetapkan mana-mana daerah dengan lebih 40 kes yang disahkan diklasifikasikan sebagai zon merah.
Daerah dengan 20 hingga 40 kes dilabelkan sebagai zon jingga sementara daerah di bawah 20 kes disenaraikan sebagai zon kuning.
Zon hijau digunakan untuk daerah yang bebas dari COVID-19.