22 APRIL: Seorang wanita tempatan berusia 72 tahun korban terbaru COVID-19 manakala 50 kes jangkitan baharu dilaporkan sehingga tengahari ini.
Kematian hari ini menjadikan jumlah keseluruhan korban koronavirus itu 93 orang, dan 5,532 kes positif.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga mengumumkan 103 pesakit COVID-19 pulih dan dibenarkan keluar wad.
Sebanyak 3,452 kes pulih dilaporkan sehingga kini.
Sehingga kini, seramai 43 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah berkenaan, 25 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.
Jumlah kematian dan kes baharu itu menurun berbanding 3 kematian dan 57 kes baharu dilaporkan semalam.