27 NOV: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen bermula tengah malam ini sehingga 4 Disember depan.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, harga RON97 naik daripada RM1.94 seliter kepada RM1.97 seliter.
Sementara itu, bagi harga RON95 naik daripada RM1.64 seliter kepada RM1.67 seliter.
“Harga runcit diesel pula naik empat sen daripada RM1.81 seliter kepada RM1.85 seliter.
“Kenaikan ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM),” katanya.
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.