20 MEI : Pihak polis sedang menyiasat Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar berhubung penghinaannya baru-baru ini terhadap Parlimen yang menggelar institusi tersebut sampah.
Menurut Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid setakat ini pihaknya telah menerima 33 laporan di seluruh negara berhubung perkara itu.
Laporan tersebut Jelasnya didakwa mengandungi unsur hasutan dan provokasi terhadap sidang Parlimen yang berlangsung kelmarin.
“Kita terima 33 laporan itu di seluruh negara setakat ini. Siasatan sedang dijalankan (membabitkan kenyataan Dr Xavier),” katanya dipetik media.
Sebelum ini, menerusi satu video berdurasi selama hampir tiga minit, Xavier juga merupakan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu menyifatkan persidangan berkenaan sebagai sampah dan tidak berguna.
Xavier dilaporkan berkata, Ahli Parlimen cuma berada sejam saja di Dewan Rakyat hanya untuk mendengar titah Yang di-Pertuan Agong atas alasan COVID-19.
Sidang itu dijadual selama sehari, namun dipendekkan untuk mendengar titah diraja Yang di-Pertuan Agong.
Berikutan itu, Bersatu Wangsa Maju telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut pada hari yang sama.
Ketuanya, Mohammed Ridzal Kamal Ghazalee dilaporkan berkata, berkata kenyataan itu adalah satu penghinaan kepada institusi diraja di negara ini dan tidak wajar mana-mana ahli politik mempertikaikan keputusan untuk Parlimen bersidang seperti yang berlangsung kelmarin.
Semalam, Gerakan Aktivis Tuntut Malaysia (TUNTUT) turut membuat laporan polis kerana menganggap kenyataan itu sebagai berbaur hasutan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.