10 DIS: Kerajaan masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja berhubung penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai itu sudah diperoleh dan dihantar ke Penyimpan Mohor Raja untuk dipersembahkan kepada Agong
Katanya, selepas dapat perkenan dan persetujuan, perkara itu akan war-warkan kerana Fatwa bukan untuk disembunyikan
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan bantuan kepada ‘rider’ dan pengawal keselamatan di Kompleks Islam Putrajaya di sini hari ini.
Zulkifli berkata, keputusan itu sudah dihantar sebaik sahaja mesyuarat khas selesai minggu lalu..
Terdahulu, beliau turut melancarkan Bilik Gerakan Bencana Banjir Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang berperanan untuk membantu mangsa banjir.