nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Covid-19: 2 hospital dikenal pasti lokasi untuk PATI positif

26 MEI: Selain pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), kerajaan mengenal pasti dua lagi hospital yang akan dikhaskan untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didapati positif Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dua tempat itu ialah Hospital Kusta, Sungai Buloh dan Bangunan Wad Bersalin Lama, Hospital Kuala Lumpur.

“Semua pusat rawatan ini dijangka mampu menampung 1,430 pesakit,” katanya pada sidang media hariannya.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan juga memutuskan PATI yang negatif Covid-19 akan dihantar pulang ke negara masing-masing.

Katanya, Kementerian Luar Negeri atau Wisma Putra diminta untuk berbincang dengan rakan sejawat dan kedutaan negara terlibat bagi urusan kepulangan rakyat mereka.

“Keputusan Mesyuarat Khas hari ini memutuskan untuk saringan Covid-19 dilakukan ke atas semua PATI di Depot Imigresen KLIA, Bukit Jalil dan Semenyih,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata polis mengeluarkan sebanyak 31 kompaun berhubung kesalahan ziarah Aidilfitri.

Beliau berkata sebanyak 285 kompaun dikeluarkan di lapangan di mana 194 dikeluarkan di sekatan jalan raya.

“Justeru, semua pihak diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang ditetapkan.

“Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mencuba merentas negeri tanpa kebenaran, termasuk mengenakan kompaun,” katanya.

Ismail Sabri juga berkata sebanyak 738 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung diarah berpatah balik oleh polis berbanding 1,243 pada hari sebelumnya.

Beliau berkata negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung tertinggi adalah Selangor iaitu 317 kes diikuti Melaka (89) dan Kedah (80).

“Semalam polis menahan 65 individu yang mana 57 individu direman dan 8 individu dijamin atas kesalahan ingkar perintah kawalan pergerakan bersyarat.

“Polis turut mengeluarkan kompaun kepada 387 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.