18 DIS : Kerajaan memutuskan Allahyarhamah Tun Rahah Mohamad Noah akan diberi penghormatan ‘Istiadat Pengebumian Negara’ dan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara esok.
“Kerajaan telah memutuskan supaya Allahyarhamah Tun Rahah diberi penghormatan “Istiadat Pengebumian Negara” dan jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, esok,” katanya dalam satu kenyataan di facebook beliau hari ini.
Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Najib dan seluruh ahli keluarga di atas ‘kepulangan’ ke rahmatullah, Allahyarhamah Tun Rahah, petang tadi.
“Saya mewakili Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Yang Berhormat Datuk Seri Najib Razak dan seluruh ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarhamah Tun Rahah, hari ini.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Tun Rahah dan menempatkan beliau bersama-sama golongan yang beriman. Al-Fatihah,” ujarnya.