23 DIS: Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad mengumumkan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak dalam satu majlis di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini.
Pengumuman itu dibuat kira-kira dua minggu selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu dilantik menjadi Menteri Besar Perak bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Senarai penuh Exco Perak mengikut portfolio masing-masing adalah seperti berikut:
Datuk Saarani Mohamad
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
Razman Zakaria (ADUN Semanggol)
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan
Mohd Akmal Kamarudin (ADUN Selama)
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (ADUN Sungai Manik)
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Datuk Abdul Yunus Jamahri (ADUN Kuala Kurau)
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil
Ahmad Saidi Mohamad Daud (ADUN Changkat Jering)
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia
Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi (ADUN Tualang Sekah)
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan
Datuk Shahrul Zaman Yahya (ADUN Rungkup)
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor
Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (ADUN Kampung Gajah)
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO
Datuk Mohd Zolkafly Harun (ADUN Lintang)
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam
Khairul Shahril Mohamed (ADUN Bota)
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia.