29 DIS : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sembilan lagi kluster baharu yang melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Pahang dan Melaka hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, sembilan kluster tersebut ialah Kluster Seri Lanang ini melibatkan daerah Klang, Gombak, Kuala Selangor dan Petaling di Selangor. Kluster Jalan Chu melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Kluster Tapak Bina Awan Puteh melibatkan daerah Lembah Pantai, Kluster Integra Ikon pula melibatkan daerah Titiwangsa.
“Kluster Jalan Satang pula menurut beliau turut melibatkan daerah Titiwangsa, daerah Kepong di Kuala Lumpur, daerah Hulu Langat, Klang, Petaling dan Gombak di Selangor, serta daerah Bentong di Pahang,”ujarnya menerusi satu kenyataan meda harian Covid-19 hari ini.
Manakala Kluster Tembok Mempaga pula melibatkan daerah Bentong, Kluster Timbang Dayang melibatkan daerah Kota Belud, dan Kluster Teguli melibatkan daerah Putatan di Sabah.
Kluster Rambai melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka, daerah Petaling di Selangor; dan daerah Rembau di Negeri Sembilan, jelasnya.
Kata Noor Hisham, Sehingga hari ini, jumlah keseluruhan kluster yang telah dikesan KKM ialah sebanyak 498 kluster telah dilaporkan termasuk sembilan kluster baharu pada hari ini.
“ Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 278 kluster ini termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bot Biru, Kluster Gedong, dan Kluster Jernih.Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 220 kluster.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 50 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Mempaga sebanyak 282 kes, Kluster Seri Lanang sebanyak 168 kes, dan Kluster Tapak Bina Lebuh sebanyak 125 kes,” ujarnya.