5 JAN: Tan Sri Annuar Musa digugurkan daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), hari ini.
Perkara itu disahkan oleh sumber yang rapat dengan Menteri Wilayah Persekutuan tersebut.
Difahamkan, Annuar juga tidak lagi menyandang jawatan Setiausaha Bersama Muafakat Nasional (MN).
Beliau juga masih menganggotai UMNO dan kekal dengan jawatannya dalam Kabinet.
Sejak kebelakangan ini, Annuar sering bersuara lantang menyuarakan pendiriannya berhubung kerjasama politik BN dan Perikatan Nasional (PN) serta antara UMNO dan PAS dalam kerangka MN.
Sementara itu, Annuar dalam ciapan Twitter menyatakan beliau tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara tersebut.
“Ramai yang minta komen..saya tiada apa komen buat masa ini..Tempoh bertenang…,” jelasnya.
Beliau turut berkongsi tangkap layar mesej WhatsApp antara beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ciapan Twitter.
Setakat ini, BN dan UMNO belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemecatan Annuar. – Oleh HUSSAINI AMRAN
(Berita lanjut menyusul)