8 JAN: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 kekal masing-masing pada RM1.84 dan RM2.14 seliter mulai tengah malam ini hingga 15 Januari depan.
Bagaimanapun, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel naik 1 sen iaitu daripada RM2.01 seliter kepada RM2.02 sen seliter.
“Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula mekanisme harga automatik.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kementerian itu. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH