8 JAN : Polis Draja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang wanita tempatan yang merupakan saksi bagi membantu perbicaraan kes pengedaran dadah seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Seksyen Kajang.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata wanita berkenaan bernama K. Karthirnee Nadarajah, berusia 28 tahun dan alamat terakhirnya di Lot 5430, Jalan Bernam, Parit 4, Sungai Burung, Sekinchan, Selangor.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Muhammad Amyriul Naufa Mohd Yusoff di talian 0111-0176104 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.