71 maut 9 hari, situasi COVID-19 membimbangkan
10 JAN: Kementerian Kesihatan melahirkan kebimbangan terhadap keadaan negara susulan peningkatan kes kematian baharu COVID-19.
Perkara itu diluahkan oleh Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menyatakan, Malaysia kini mula mencatatkan 71 kes kematian akibat virus tersebut hanya dalam tempoh sembilan hari.
“Untuk sembilan bulan pertama pada tahun 2020, jumlah kes kematian adalah kurang daripada 100 kes.
“Pada tahun ini, dalam tempoh sembilan hari kita sudah mencatatkan sebanyak 71 kes kematian COVID-19.
“Kita amat bimbang dengan perkembangan ini dan semoga Allah SWT lindungi kita semua,” katanya menerusi ciapan Twitter miliknya, hari ini.
Dalam pada itu, Noor Hisham berkata bukan sesuatu yang mudah bagi petugas untuk menguruskan jenazah COVID-19.
“Mereka terpaksa memakai PPE lengkap dengan bermandi peluh dalam panas terik sehingga liang lahad dan tamat pengebumian,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH