15 JAN : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan 12 lagu kluster baharu telah dikenal pasti, menjadikan jumlah keseluruhan kluster meningkat kepada 635 kluste di mana daripada jumlah tersebut, sebanyak 284 kluster masih aktif dan sedang dipantau.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, daripada 284 kluster aktif, sebanyak, sebanyak 85 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.
“Jumlah kluster yang tamat pada hari ini sebanyak 351 kluster, termasuk empat kluster iaitu Kluster Bah Medan, Kluster Jalan Dalam, Kluster Nibong, dan Kluster Dermaga,” ujarnya menerusi satu kenyataan harian Covid-19 di negara ini.
Berhubung dengan kluster baharu yang dikesan, Noor Hisham berkata, sebanyak 12 kluster baharu telah di kesan KKM yang melibatkan daerah di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Johor, Melaka dan Sabah
Berikut adalah senarai perincian 12 kluster baharu yang dikesan hari ini :
KLUSTER JALAN TELOK GONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang.
Nama kluster merujuk kepada lokasi kilang dan asrama pekerja di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Telok Gong, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 191 individu telah disaring, di mana 108 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER LINGKARAN LINTANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang.
Nama kluster merujuk kepada gabungan nama lokasi kilang dan asrama pekerja di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Lingkaran Sultan Hishamuddin dan Lintang Sultan Mohamad 1B, Pelabuhan Klang. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 205 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER PERSIARAN SELATAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan yang terletak di Persiaran Southkey.
Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 209 individu telah disaring, di mana 61 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN KLUANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-137341) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Berikutan kes indeks yang dilaporkan tersebut, saringan telah dijalankan ke atas kontak rapat di tempat kerja kes indeks dan seramai 17 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kilang tersebut yang terletak di Jalan Kluang. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER KAMPUNG PERANI
Kluster ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-110214) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di sebuah masjid yang terletak di Bandar Sri Perani, Kota Tinggi. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 81 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER LADANG BATURONG
Kluster ini melibatkan daerah Kunak di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-131469) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan di tempat kerja.
Kluster ini berpunca dari sebuah majlis keraian tertutup dan seterusnya telah merebak kepada pekerja-pekerja yang tinggal di Perumahan Pekerja, Ladang IOI Baturong 3, Kunak. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 1,625 individu telah disaring, di mana 54 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER LADANG MATAMBA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah ladang.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti kes-kes yang dikesan positif iaitu di Ladang Matamba, Lahad Datu. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER TAPAK BINA DAMAI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti kes-kes yang dikesan positif berlaku iaitu di Alam Damai, Cheras. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 161 individu telah disaring, di mana 130 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER PONDOK HIDAYAH
Kluster ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-138166) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Januari 2021.
Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kes-kes dalam kluster ini berlaku iaitu di Pondok Hidayah yang terletak di Batu 31, Machang, Kelantan. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER KOTA ROAD
Kluster ini melibatkan daerah Kinta dan Larut, Matang dan Selama di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-133240) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes indeks iaitu di sebuah bank di Jalan Kota, Taiping, Perak. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER TEMBOK KEMUS
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Januari 2021 hasil saringan tahanan di Penjara Satelit A’Famosa yang terletak di Jalan Kemus Lama, Alor Gajah.
Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER RESTORAN PUTRA
Kluster tempat kerja ini melibatkan sebuah restoran yang terletak di Presint 9, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-120817) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Januari 2021.
Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.