nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tindakan Anwar pertikai Darurat perbuatan derhaka

15 JAN: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyifatkan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertikaikan pengisytiharan darurat yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai satu perbuatan derhaka kepada titah baginda.

Justeru, Ketua Penerangan DPPM, Nazir Helmi berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mempertikaikan pengisytiharan darurat tersebut.

“DPPM menzahirkan kekecewaan terhadap tindakan Anwar yang mengajak semua ahli Parlimen menderhaka dan menentang proklamasi darurat ini.

“Sebarang usaha untuk mempertaruhkan nyawa rakyat dalam keadaan negara hari ini merupakan pengkhianatan yang besar kepada Yang di-Pertuan Agong, negara serta seluruh rakyat jelata.

“Beliau sepatutnya dilihat sebagai tokoh negara yang rasional dan menolak matlamat peribadi dalam keadaan getir ini. Namun sebaliknya berlaku. Beliau memilih untuk menjadi ‘batu api’ dan mengheret rakyat ke arah kegusaran.

“Malah, tanpa segan silu beliau menjadikan keselamatan rakyat sebagai taruhan sekali lagi, demi mencapai cita-cita peribadinya,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Anwar seharusnya menghentikan segala berpolemik dan bersatu hati dengan meneruskan segala idea dan rancangan kerajaan bagi melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19, tegasnya lagi.

Dalam isu ini, beliau berkata bahawa kerajaan telah bersikap cukup terbuka dengan mengajak wakil pembangkang untuk bersama dalam Jawatankuasa Khas Bebas yang akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk meneruskan atau menghentikan darurat.

“Cadangan gopoh serta tidak bijak Anwar untuk menolak proklamasi darurat ini langsung tidak disertakan dengan idea lain, selain mendesak untuk diadakan persidangan Parlimen dalam keadaan rakyat sedang diancam jangkitan wabak.

“Setakat hari ini, sudah lima orang Ahli Parlimen dijangkiti wabak COVID-19. Masih perlukah sidang Parlimen diadakan?

“Apa muslihat Anwar mendesak persidangan Parlimen? Untuk jatuhkan kerajaan melalui undi tidak percaya? Tidak cukupkah kita dengan apa yang berlaku di Sabah selepas kerajaan dijatuhkan, dan seluruh rakyat terpaksa menanggung akibatnya?” soalnya.

Pada masa sama, Nazir berkata DPPM menyatakan komitmen mendokong sepenuhnya usaha kerajaan dan akan mengerah kesemua ahlinya untuk terus membantu dalam apa jua sudut, sehingga wabak ini berjaya dikawal dengan baik.

“Merujuk kepada pungutan suara yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan disertai hampir 120,000 responden, menunjukkan bahawa majoriti rakyat bersetuju dengan pelaksanaan darurat.

“Rakyat melihat ini sebagai suatu tindakan yang wajar, kerana kepentingan nyawa dan keselamatan itu lebih besar agendanya berbanding yang lain.

“Bukan mudah untuk menelan kepayahan ini, namun inilah hakikat yang perlu diakui bagi memastikan kestabilan yang lebih baik dalam tempoh yang bakal mendatang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.