nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bukti PN proaktif tangani kesan ekonomi PKP 2.0

19 JAN: Pengumuman pakej bantuan PERMAI berjumlah RM15 bilion adalah bukti sikap proaktif kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tepat pada masanya untuk menangani kesan ekonomi akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Ketua Penerangan Pemuda PN, Muhammad Hilman Idham, berkata beliau yakin Pakej Bantuan PERMAI dengan fokus yang strategik akan menjadi pemangkin kepada usaha pemulihan dan pencerdasan ekonomi negara.

Hilman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkata, suntikan fiskal langsung melalui pelbagai inisiatif yang membela kebajikan rakyat dan menjamin kelangsungan perniagaan pastinya akan memberi impak positif kepada ekonomi negara sekaligus menjamin kesejahteraan rakyat khususnya anak muda.

MUHAMMAD HILMAN IDHAM
MUHAMMAD HILMAN IDHAM

“Pemuda PN optimis, Pakej Bantuan PERMAI juga akan memberdaya ekonomi anak muda termasuk mengurangkan jumlah pengangguran dalam kalangan rakyat.

“Inisiatif Kerajaan yang progresif seperti Program Subsidi Upah 3.0 yang bernilai RM 1 bilion, Skim Mikrokredit bernilai RM 1 bilion, Geran Khas Prihatin PERMAI bernilai RM 650 juta serta kempen ekonomi digital untuk PKS dan ‘Shop Malaysia Online’ dengan peruntukan RM 300 juta pastinya akan menyuntik dinamisme positif kepada aktiviti perniagaan sekaligus membuka lebih banyak peluang ekonomi dan pekerjaan untuk generasi muda,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Hilman berkata sokongan berterusan untuk sektor kesihatan serta bantuan kebajikan kepada golongan terjejas terutama golongan rentan juga penting untuk melindungi keselamatan dan membela kebajikan rakyat.

Beliau berkata pengumuman berkenaan juga sebagai tanda sokongan berterusan kerajaan kepada para frontliners yang cekal gigih berkhidmat demi rakyat dan negara.

“Mendakap cabaran besar dalam suasana persekitaran ekonomi hari ini, Pemuda Perikatan Nasional bertekad untuk menjadi pemudahcara buat anak-anak muda Malaysia agar dapat menikmati manfaat hasil daripada inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan.

“Menjadi harapan kita agar usaha ini mampu memperkukuh ikhtiyar kerajaan Perikatan Nasional untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara dan mengangkat martabat rakyat,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.