nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muhyiddin bangga lihat semangat kental petugas barisan hadapan

19 JAN : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi berkesempatan meninjau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 2.0 (PKRC) di MAEPS, Serdang untuk melihat sendiri pengurusan PKRC dan pesakit-pesakit COVID-19 di situ.

Menurut Muhyiddin, beliau amat berbangga dengan komitmen yang diperlihatkan oleh semua petugas barisan hadapan dari pelbagai agensi bagi memastikan penyediaan fasiliti dan perkhidmatan terbaik kepada para pesakit.

“Saya merasa cukup bangga dengan segala usaha dan penat lelah semua petugas barisan hadapan dari pelbagai agensi bagi memastikan penyediaan fasiliti dan perkhidmatan terbaik kepada para pesakit.

“Apa yang dilakukan di MAEPS, iaitu mengoperasikan Taman Ekspo Pertanian ini sebagai PKRC dalam tempoh 3 hari dengan kapasiti permulaan sebanyak 3,100 katil, adalah satu tindakan luar biasa dalam situasi yang luar biasa.

“Untuk makluman, tujuh buah dewan telah digunakan dengan kapasiti maksimum 10,000 katil dan sehingga hari ini, sebanyak 9,200 katil sedang digunakan.Fasiliti ini juga sedang dinaik taraf secara berfasa untuk dijadikan PKRC Bersepadu MAEPS 2.0.

“Setelah dinaik taraf, fasiliti ini boleh merawat 30 pesakit COVID-19 berisiko tinggi dan juga mampu merawat 10 pesakit yang memerlukan bantuan oksigen sehinggalah ke bantuan pernafasan,” jelasnya dalam satu kenyataan menerusi facebook rasmi beliau.

Turut hadir sama dalam tinjauan Perdana Menteri itu ialah Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr Adham Baba dan YAB Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari.

Kata Muhyiddin lagi, beliau juga berpeluang untuk berinteraksi dengan pesakit-pesakit COVID-19 yang sedang menjalani kuarantin di salah sebuah dewan di situ.

“Alhamdulillah, mereka semua kelihatan bersemangat, ceria dan berpuas hati dengan perkhidmatan serta rawatan yang diberikan. Saya mengingatkan mereka supaya kuat semangat dan banyakkan bersabar dalam menghadapi ujian ini.

“Tidak lupa juga saya mengambil kesempatan bertemu dengan para frontliners kita yang bertugas di pusat itu. Saya sangat bangga melihat kesungguhan serta kesabaran mereka dalam melaksanakan tugas menjaga kebajikan dan memberikan rawatan yang terbaik buat semua pesakit,” ujarnya.

Justeru, beliau mendoakan agar semua pesakit COVID-19 terus bersemangat menjalani tempoh yang sukar ini dan semoga mereka semua diberikan kesembuhan. Insya-Allah.

“Kepada frontliners, saya doakan agar anda semua dikurniakan kesabaran dan kekuatan untuk terus berjuang menentang COVID-19. Kita mesti menang!” tegasnya.- Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.