nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

IPD PJ berhati mulia bantu ibu muda ditangkap mencuri

21 JAN: Keprihatinan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, yang tampil membantu seorang suri rumah yang ditahan selepas gagal membayar barang makanan dan ubat bernilai RM58 di sebuah pasar raya semalam, menjadi sebutan para netizen.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya berbuat demikian kerana tersentuh dan terpanggil untuk membantu ibu muda berkenaan selepas menerima laporan mengenai kes terbait.

Difahamkan antara barang-barang ditemui bersama wanita terbabit adalah penampal penyejuk suhu badan untuk anaknya yang sedang demam dan kek pandan serta sosej.

ezanee
Nik Ezanee menghantar sendiri barangan keperluan ke rumah wanita berkenaan.

Ibu kepada tiga anak itu dikatakan berbuat demikian menghadapi kesulitan selepas suaminya yang bekerja sebagai pembaik pulih lif, tidak mempunyai sebarang pekerjaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikutan itu, beliau dan anggotanya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tampil untuk membantu meringankan beban ibu muda berusia 30-an itu.

“Sebaik menerima laporan kejadian terbabit, saya merasakan ibu muda itu mengalami kesulitan susulan pelaksanaan PKP yang sedang berkuat kuasa ketika ini.

“Justeru kami di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, membeli semula barang yang gagal dibayar ibu berkenaan serta beberapa barang keperluan lain sebelum disumbangkan kembali kepada wanita terbabit,” katanya seperti dilaporkan BH Online, hari ini.

Dalam pada itu, Nik Ezanee berkata, JKM dan IPD Petaling Jaya turut menyampaikan sumbangan berupa beras serta barangan keperluan harian.

“Saya turut mengarahkan supaya kes berkenaan tidak diambil tindakan susulan, seterusnya ditutup.

“Selain itu, saya menasihatkan wanita itu supaya tidak mengulangi kesilapannya serta memohon bantuan kepada pihak sepatutnya seperti pusat zakat, cawangan JKM atau masjid dan surau berhampiran, sekiranya menghadapi situasi seperti sedemikian,” katanya.

Nik Ezanee berkata, sekiranya wanita itu masih gagal mendapatkan bantuan dari mana-mana tempat terbabit, dia boleh datang ke balai polis di bawah pentadbiran IPD Petaling Jaya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.