nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kod QR SmartHalal permudahkan carian status produk halal

29 JAN : Kod QR SmartHalal pada aplikasi telefon pintar SmartHalal dilancarkan bagi memudahkan masyarakat memperoleh status halal sesuatu produk atau perkhidmatan di pasaran.

Aplikasi hasil Inisiatif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu membolehkan pencarian dijalankan dengan lebih cepat dan tepat melalui teknik pengimbasan kod.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakr berkata, inisiatif prihatin rakyat itu juga akan memudahkan pemain industri memperoleh pelbagai informasi berkaitan pensijilan halal terkini dengan lebih pantas.

“Dengan pengenalan aplikasi SmartHalal ini mampu meningkatkan permohonan dan pemilikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

“Kod QR (quick response) atau QR Code, adalah kod bar generasi kedua, sejenis penyimbolan dua dimensi yang dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan dikeluarkan pada 1994. QR Code dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar UPC biasa kerana ia mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar.

“Hanya sekali imbas menggunakan aplikasi seperti aplikasi telefon pintar SmartHalal yang disediakan, anda akan memperoleh pelbagai maklumat pensijilan halal yang ingin dikongsikan,”jelasnya.

Zulkifli berkata demikian ketika melancarkan Kod QR SmartHalal secara maya, petang ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh dan Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Bukhari Md Akhir turut hadir dalam majlis perlancaran itu.

JAKIM sentiasa komited dalam menangani isu-isu halal yang tular di media sosial dan

akan terus mengemas kini sistem Kod QR SmartHalal yang ada pada aplikasi telefon pintar SmartHalal agar ia sentiasa relevan dan mengikut perkembangan semasa untuk digunakan oleh semua pihak, ujarnya.

Kata Zulkifli lagi, pengguna boleh membuat carian menggunakan Kod QR berdasarkan kategori dan skim seperti nama syarikat, premis makanan, produk farmaseutikal, barang gunaan, kosmetik dan dandanan diri, logistik, makanan dan minuman, rumah sembelihan, pengilangan kontrak dan yang terkini, peranti perubatan.

“Sebelum itu, pengguna perlu memuat turun aplikasi telefon pintar SmartHalal terlebih dahulu sebelum menggunakan sistem Kod QR.

“Semoga inisiatif ini akan membawa manfaat yang besar kepada ummah, seterusnya mengekalkan imej pensijilan halal Malaysia selaku peneraju pensijilan halal bertaraf dunia,” katanya.

“Diharapkan dengan inisiatif pengumuman Kod QR SmartHalal pada aplikasi telefon pintar SmartHalal ini akan meredakan keresahan pengguna untuk memperoleh status halal produk atau perkhidmatan halal di luar sana.

“Semoga ia menjadi asbab kebaikan dan hidayah buat umat seterusnya memelihara imej pensijilan halal Malaysia agar kekal unggul di mata dunia,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.