29 JAN : Bandar New Delhi dikejutkan dengan satu letupan di luar kedutaan Israel mengakibatkan beberapa kenderaan rosak akibat letupan itu, namun setakat ini tiada individu yang dilaporkan cedera.
Menurut pihak berkuasa New Delhi, seluruh kawasan berhampiran kedutaan itu ditutup berikutan letupan tersebut manakala dan diawal rapi oleh pihak polis dan pakar pemusnah bom.
Pihak polis New Delhi berkata objek peranti letupan (IED) berintensiti rendah diletakkan pada tingkap tiga kereta yang musnah di mana ia terletak berdekatan antara satu sama lain.
Pada Februari 2012, satu serangan bom kepada kereta diplomatik Israel di Delhi mengakibatkan empat orang cedera.
Kejadian letupan terbaharu ini berlaku berhampiran dengan lokasi Perdana Menteri, Narendra Modi dan pemimpin kerajaan dan tentera lain menghadiri perarakan tentera.
Ibu negara India juga dalam keadaan berjaga-jaga kerana protes petani terhadap reformasi pertanian kerajaan yang merosot hingga menimbulkan rusuhan serius minggu ini.