3 FEB: Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebentar tadi menafikan satu mesej tular yang mendakwa beliau telah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan ringkas menerusi laman Facebooknya berkata, berita berkenaan adalah palsu dan bertujuan mengelirukan orang ramai.
“Ini satu lagi berita palsu dan mengelirukan orang ramai,” katanya.
Terdahulu tular satu mesej di media sosial mendakwa Dr Noor Hisham meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19, sejak Januari lalu. – Oleh Haika Khazi