10 FEB : Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia petang ini.
Berita Yang Berkaitan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi pada pukul 6.03 petang itu berpusat di 130 kilometer (km) timur laut dari Pulau Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km.
Bagaimanapun, setakat ini tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.