nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Azizulhasni layak dinobatkan sebagai Raja Pecut Dunia – PM

11 FEB: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, kerana menduduki ranking pertama dunia bagi acara Sprint individu dan kedua dunia dalam acara keirin.

Dalam hantaran menerusi laman Facebook hari ini, Muhyiddin berkata Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran ‘The Pocket Rocketman’ layak digelar sebagai ‘Raja Pecut Dunia’.

Berikutan itu Perdana Menteri berkata beliau berharap kejayaan itu mampu menjadi tonik kepada Azizulhasni untuk melakar kejayaan lebih gemilang di Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.

“Kejayaan jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang mengungguli ranking dunia acara pecut individu adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan negara.

“Kejayaan terbaru ini, beliau yang terkenal dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ selayaknya dipanggil Raja Pecut Dunia.

“Kejayaan ini melengkapkan lagi diari gemilang arena sukan negara selepas kejayaan bekas Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia, awal bulan ini.

“Saya dan seluruh peminat sukan tanah air, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Azizulhasni. Semoga kejayaan beliau ini akan menjadi inspirasi kepada atlet muda serta seluruh peminat sukan berbasikal dalam mengejar cita-cita mencapai kejayaan di peringkat tertinggi.

“Kepada Azizulhasni, jadikanlah kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk beraksi lebih cemerlang dalam Sukan Olimpik Tokyo akan datang. Syabas Azizulhasni!. Anda kebanggaan negara,” kata Muhyiddin dalam satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Berdasarkan ranking terkini dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) semalam, pelumba berasal dari Terengganu itu berada di kedudukan teratas dengan 1,600 mata.

Pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya berada di tangga kedua dengan 1,442.5 mata manakala Sam Webster dari New Zealand yang mengumpul 1,390 mata di kedudukan ketiga.

Bagi acara keirin pula, pemenang pingat gangsa Olimpik Rio 2016 itu berada di kedudukan kedua apabila mengumpul 1,740 mata di belakang Kevin Quintero dari Colombia yang mengumpul 1,790 mata.

Terdahulu, Azizulhasni Awang, tidak sabar untuk menjadi individu pertama yang menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo, pada Julai nanti.

Menurut jaguh basikal berasal dari Dungun Terengganu itu, semangat beliau kini berkobar-kobar untuk meraih pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas dia menduduki ranking pertama dunia dalam acara pecut individu dan nombor dua dunia dalam acara kegemarannya keirin.

“Saya rasa gembira dengan berita ranking semasa ini. Sudah tentu ianya menjadi motivational boost buat saya didalam persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo Ogos nanti.

“Bagi saya, ianya juga adalah berita gembira buat arena sukan negara kita juga, diharap ianya sedikit sebanyak menjadi sumber inspirasi buat atlet-atlet muda di tanah air kita.

“Di samping itu, saya juga berharap rakyat Malaysia akan terus mendoakan agar segala persiapan berjalan lancar dan memenangi pingat Emas di Sukan Olimpik Tokyo nanti Insyaallah,” katanya yang kini berlatih Melbourne dikendali jurulatih warga John Beasley.
 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.