12 FEB: Jumlah kes kematian akibat jangkitan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 17 orang hari ini, berbanding 13 orang semalam.
Pada masa yang sama, kes harian baharu COVID-19 mencatatkan penurunan sedikit hari ini dengan sebanyak 3,318 kes direkodkan hari ini, berbanding 3,384 kes dilaporkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga hari ini, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 adalah 258,306 kes, manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 51,579 kes.
Menurut beliau, Selangor kekal mencatatkan bilangan kes COVID-19 harian baharu tertinggi iaitu 1,145 kes yang direkodkan di negara ini setakat tengah hari tadi.
“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,214 kes.
“Sebanyak 258 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 119 dan jumlah keseluruhan 953 kematian setakat ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya, hari ini
Pada masa sama, sebanyak 3,505 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 275,774 kes atau 79.7 peratus. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH