19 FEB : Kariah masjid Jamek Ar Rahmani hari ini berkesempatan solat Jumaat berjemaah bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shahbudin Yahaya yang menjadi khatib membacakan khutbah Jumaat di masjid berkenaan.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulau Pinang, membacakan khutbah menyeru umat Islam agar terua mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan demi kebaikan memutuskan jangkita wabak COVID-19 di negara ini.
Ahli Parlimen Taser Gelugor di dalam khutbahnya menekankan betapa pentingnya umat Islam untuk terus patuh kepada SOP yang ditetapkan kerajaan sebagai satu usaha, supaya dengan usaha itu, Allah mengizinkan kehidupan rakyat di negara ini kembali pulih seperti biasa.
Shahbudin yang turut berkongsi klip video khutbah Jumaat itu melalui facebook rasminya, turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kariah dan AJK masjid yang memberi peluang kepada beliau menjadi khatib pada solat Jumaat kali ini.
“Alhamdulillah, hari ini diberikan peluang menjadi khatib di Masjid Jamek Ar-Rahmani, Kampung Banggol Pokok Sena.
“Terima kasih kepada Pengerusi masjid, Haji Sobri Saleh, pegawai2 masjid dan semua anak2 qariah yang turut berjemaah tengahari tadi,” ujarnya.