23 FEB : Kerajaan Negeri Pulau Pinang digesa menyerahkan semula tanah di Taman Manggis kembali kepada kerajaan pusat tanpa syarat untuk pembinaan projek perumahan rakyat (PPR) di kawasan tersebut.
Naib Pengerusi Gerakan Negeri Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng berkata, ketika era pentadbiran Gerakan di bawah Barisan Nasional (BN), tanah itu sememangnya dikhususkan untuk dibina PPR, namun telah dijual kepada pihak swasta pada 2009 setahun selepas DAP mengambil alih pentadbiran negeri ini.
Ujar Khoon Leng, penyerahan semula tanah itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri yang dipimpin DAP dalam menyelesaikan isu rumah mampu milik di negeri ini.
“Tanah itu ketika era pentadbiran Gerakan di bawah Barisan Nasional (BN) sememangnya dikhususkan untuk dibina PPR, namun dijual kepada pihak swasta pada 2009 iaitu setahun selepas DAP mengambil alih pentadbiran negeri ini.
“Selain itu, Gerakan juga mendesak mendesak kerajaan negeri mendedahkan kawasan yang diperuntukkan kepada Kerajaan Pusat di negeri ini untuk dibina PPR.
“Pemimpin DAP mendakwa usaha membina PPR adalah tanggungjawan Kerajaan Pusat, jadi kita mahu bertanya di mana dan berapa keluasan tanah yang dikenal pasti kerajaan negeri bagi tujuan ini?,” tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar hari ini.
Menurutnya lagi, tanah-tanah ini perlu diserahkan terlebih dahulu kepada kerajaan pusat agar projek PPR dapat disenaraikan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia mengikut kesesuaian pendapatan negara.
“Selepas tiga penggal memerintah negeri ini, DAP sepatutnya mempunyai rancangan jelas untuk membina PPR di negeri ini ditambah ketika dua tahun Pakatan Harapan (PH) menjadi Kerajaan Pusat.
“Bagaimanapun sebaliknya kerajaan negeri meluluskan empat projek pembinaan asrama pekerja asing,” jelasnya.