6 JUN: Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak mempunyai sokongan majoriti daripada Ahli-Ahli Parlimen bagi membolehkan beliau kembali menjadi Perdana Menteri untuk kali ketiga.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan, daripada 114 Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong Dr Mahathir, seramai lapan orang kini terkeluar dari senarai.
“Saya bantu PH untuk update senarai 114 Ahli Parlimen yang sokong PM7i menjadi PM8. Najib sedia membantu,” katanya melalui laman Facebook beliau, malam tadi.
Berikut adalah senarai lapan Ahli Parlimen yang dikatakan Najib tidak lagi menyokong Dr Mahathir:
Datuk Eddin Syazlee Shith (Kuala Pilah)
- dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kelmarin
Jonathan Yasin (Ranau)
- dilantik Timbalan Menteri Dalam Negeri II KDN kelmarin
Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan (Keningau)
- dilantik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya kelmarin
Datuk Seri Richard Riot Jaem (Serian)
- masih ahli SUPP, nafi sertai PKR.
https://youtu.be/XlxbshqlLMc
Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abu Fasal (Bukit Gantang)
- nafi sokong Dr Mahathir
http://www.astroawani.com/berita-politik/sri-aman-bukit-gantang-nafi-sokong-tun-mahathir-232175
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu)
- dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Baru Bian (Selangau)
- Masuk parti Sarawak Baru dan isytihar dia bebas dari PH.
http://www.astroawani.com/berita-politik/baru-bian-chee-how-pilih-parti-sarawak-bersatu-244894
Jugah Muyang (Lubok Antu)
- umum keluar PKR, ikrar sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Gabungan Parti Sarawak (GPS)
http://www.pnbbcportal.com/2020/06/05/mp-lubok-antu-tinggalkan-pkr-umum-sokong-pn/
Semakan dalam laman sesawang Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mendapati nama Eddin Syazlee, Jonathan dan Jeffrey telah dimasukkan dalam carta organisasi yang dikemas kini. – Oleh HUSSAINI AMRAN