3 MAC: Tiga petugas media wanita ditembak di bandar Jalalabad di timur Afghanistan, ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, lapor Agensi Berita Jordan (Petra), Selasa.
Mereka semua maut akibat ditembak dalam dua serangan berasingan ketika sedang berjalan kaki, kata Pengarah Enikass TV, Zalmai Latifi.
Salah seorang daripada mangsa dikenal pasti sebagai Mursal Wahidi manakala dua yang lain hanya dikenali sebagai Shahnaz dan Sadia.