nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KKM kesan dua kes jangkitan varian Nigeria SARS-CoV-2

5 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua kes pertama individu yang dijangkiti varian Nigeria SARS-CoV-2 yang turut dikenali sebagai B1.525 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kedua-dua kes dikenal pasti di bawa dua warga asing yang tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dr Noor Hisham berkata, individu terbabit didapati positif COVID-19 melalui ujian calitan RT-PCR.

“Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) selanjutnya melakukan penjujukan genom penuh kerana mengambil kira sejarah perjalanan mereka.

“Analisis lebih lanjut menunjukkan adanya semua mutasi yang dilaporkan berkait dengan varian itu.

“Ini termasuk mutasi ‘spike protein’ E484K, Q677H, F888L dan rangkaian ‘protein deletions’ serupa yang dilihat dalam varian UK B.1.1.7.

“Mutasi ‘spike protein’ E484K juga mendapat perhatian kerana ia dilaporkan dapat menghindari sistem imun,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menjelaskan varian dikenali sebagai B1.525 pertama kali dikesan di United Kingdom (UK) pada Disember lalu.

Beliau berkata, varian sama juga pertama kali dikesan di Nigeria pada tempoh sama.

Dr Noor Hisham berkata sejak itu, sebanyak 360 urutan varian ini boleh dijumpai di pengkalan data genom virus COVID-19 atau GISAID, dengan laporan tertinggi dari Denmark (n=121), diikuti oleh UK (n=73) dan Nigeria (n=56).

Beliau berkata varian Nigeria juga boleh menyebabkan peningkatan dalam kebolehjangkitan serta kemungkinan penurunan tidak balas imunisasi.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata KKM melalui IMR dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) akan sentiasa memantau perkembangan mutasi Nigeria B1.525.

“Masyarakat akan dimaklumkan mengenai perkara itu dari semasa ke semasa.

 Walaupun program vaksinasi sedang dilaksanakan, tindakan kesihatan awam masih perlu diamalkan kerana imuniti kelompok masih belum tercapai.

“Orang ramai dinasihati sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka terutamanya di tempat awam dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.