nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPP umpama hujan emas bagi pengusaha home2stay

8 JUN: Pertubuhan Penginapan Kediaman Pelancongan Malaysia (MARTA) menganggap kebenaran rentas sempadan negeri sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai Rabu ini sebagai ‘hujan emas’ kepada ahli-ahlinya.

Berikutan itu, Pengerusinya, Suhairi Sulaiman berkata, MARTA ingin menzahirkan penghargaan kepada kerajaan kerana menyampaikan khabar gembira pengusaha rumah penginapan jangka pendek atau home2stay selepas hampir tiga bulan kebanyakan mereka tidak dapat beroperasi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Beliau berkata, khabar gembira itu dirasai setiap pengusaha home2stay, antara pihak yang begitu terkesan dengan situasi ekonomi pada masa ini.

“Kami pengusaha home2stay seluruh Malaysia mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas pengumuman itu apatah lagi hampir tiga bulan beroperasi begitu terkesan dengan keadaan yang berlaku.

“Ini kerana tiada tempahan dibuat kecuali tempahan penginapan daripada pasukan barisan hadapan yang memerlukan penginapan khas jauh dari keluarga,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut Suhairi berkata, pihaknya juga mahu merakamkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang berhempas pulas menangani pandemik itu sehingga membolehkan negara memasuki fasa pemulihan COVID-19.

“Bagaimanapun, MARTA berharap bantuan dan sokongan penuh kerajaan kerana kami juga antara industri yang menyokong sektor pelancongan, di mana sikap dan budaya pelancongan pada waktu dan ketika ini adalah berkonsepkan kekeluargaan.

“Justeru pelancong ini memerlukan penginapan yang mempunyai bilik dan kelengkapan yang sesuai bagi menampung jumlah keluarga yang
ramai,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Suhairi berkata, serentak itu, pihaknya juga mengingatkan pengusaha home2stay seluruh Malaysia, supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Pengusaha diharap dapat mengambil berat langkah pencegahan seperti sanitasi home2stay supaya penginapan masing-masing sentiasa bersih dan selamat untuk tetamu bermalam.

“Selain itu pengusaha perlu memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter, memastikan suhu tetamu tidak melebihi 37.5 darjah Celsius serta mengelak mengambil tetamu dalam jumlah yang ramai.

“Kami berharap pengusaha memenuhi SOP ditetapkan kerajaan demi menjaga nama baik industri kerana mereka adalah duta kecil pelancongan di kawasan dan negeri masing-masing dan memainkan menarik pelancong ke kawasan mereka,” katanya.

Selain itu, MARTA juga sedang dalam usaha melakukan penjenamaan semula terhadap kemudahan penginapan jangka pendek dengan nama home2stay ini supaya dapat dibezakan dengan program inap desa kendalian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, sekali gus membolehkan industrinya berkembang sendiri.

“Kami mahu semua pengusaha home2stay seluruh negara mendaftar sebagai ahli persatuan supaya dapat bersama-sama dalam kesatuan dengan pelbagai perancangan dan program yang diatur bagi memastikan industri ini menepati kehendak kerajaan dan pada masa sama memberi manfaat dan kebajikan kepada ahli,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.